Monday, May 27, 2013
Wednesday, May 22, 2013
Tumbuh-tumbuhan
Tumbuhan
Tumbuhan merupakan salah satu daripada alam benda hidup yang terdapat di alam semesta. Tumbuhan merupakan organisma yang terkandung dalam alam Plantae. Biasanya, organisma yang menjalankan proses fotosintesis diklasifikasikan sebagai tumbuhan. Tumbuhan memerlukan cahaya matahari untuk menjalani proses fotosintesis.
Tumbuhan merangkumi semua benda hidup yang mampu menghasilkan makanan dengan menggunakan klorofil untuk menjalani proses fotosintesis dan menghasilkan kanji. Sel tumbuhan berbeza dengan sel haiwan dalam beberapa segi termasuk sel tumbuhan mempunyai dinding sel.
Bunga ros
Bunga raya
Bunga orkid
Bunga matahari
Bunga teratai
Teka teki - nama haiwan
1. Kalau tuan bawa keladi,
Bawa juga si pucuk
rebung,
Kalau tuan bijak
bestari,
Apa dia tanduk di
hidung?
|
2. Kalau tuan pergi ke kedai,
Belikan saya buah
keranji,
Kalau tuan bijak
pandai,
Apa binatang keris di kaki?
|
3. Kalau tuan pakai lencana,
Pakailah songkok di
atas kepala,
Kalau tuan bijak
laksana,
Binatang apakah tiada
kepala?
|
1. Cik Limah bersama anak lelaki,
Duduk makan keropok lekor,
Yang mengejar tidak berkaki,
Yang dikejar tiada berekor?
|
2. Hidup aman di dalam kota,
Ada pemimpin bernama raja,
Buruh-buruh rajin bekerja,
Askar bertugas setiap masa.
|
3. Belayar perahu dari Belanda,
Menuju arah selat Melaka,
Lebar kepala dari badan,
Apakah itu cubalah teka.
|
4. Hari-hari ke rumah Cik Hitam,
Melihat orang memotong tebu,
Apakah binatang darahnya hitam,
Janggut delapan, tulangnya satu?
|
Saturday, May 11, 2013
Contoh RPH
RANCANGAN PELAJARAN HARIAN Dunia Sains &
Teknologi
MATA PELAJARAN
|
: Sains
|
KELAS
|
: Tahun
1 Bestari
|
TAJUK
|
: Haiwan
|
MASA
|
: 8:40a.m.-9:40a.m.
|
STANDARD KANDUNGAN
|
: 3.2.1
|
STANDARD PEMBELAJARAN
|
: Mengajuk bunyi
pelbagai haiwan yang pernah mereka dengar
|
ELEMEN MERENTAS KURIKULUM
|
: Kreatif dan inovatif
|
BAHAN BANTU BELAJAR
|
Gambar haiwan ,
sampul
|
PENILAIAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
|
Berdasarkan gambar
haiwan dengan memadankan bunyi haiwan
|
REFLEKSI
|
|
Cadangan Aktiviti
|
Cadangan Komunikasi
|
1. guru memperdengarkan bunyi haiwan.
2. Murid teka bunyi tersebut.
-kucing
-ayam
-lembu
|
Pernahkah anda mendengar bunyi
tersebut?
Apakah bunyi haiwan tersebut?
|
1.Guru mencungkil imaginasi pelajar
tentang bunyi haiwan yang lain.
2. Guru tunjuk gambar,murid membuat
bunyi tersebut.
Contoh:-
-ular
-harimau
-lebah
|
Bagaimanakah bunyi haiwan ini?
|
1. Murid dibahagikan kepada beberapa
kumpulan.
2. Murid dipersembahkan dengan sebuah
video haiwan dan bunyi.
3. Setiap kumpulan diberi sampul surat
yang mengandungi gambar-gambar haiwan dan kad-kad perkataan.
4. Murid dikehendaki memadankan gambar
dengan bunyinya dengan betul.
|
- Berdasarkan gambar, bolehkah kamu
memadankan bunyi haiwan tersebut?
- Masih ada lagikah haiwan yang kamu
ketahui bunyinya ?
|
Setiap kumpulan diminta membentangkan
hasil kerja masing-masing.
|
Mengapakah haiwan berbunyi?
Contoh:-
Ayam jantan (berkokok)
Ayam betina (berketak)
Mengapakah bunyi ini penting kepada haiwan?
|
Murid menyiapkan lampiran 1 dan 2.
KPS:
Memerhati
Mengelas
|
|
Bekerjasama dan menghargai pelbagai
haiwan di sekeliling kita.
|
|
Subscribe to:
Posts (Atom)