Wednesday, May 22, 2013

Bentuk dan ruang




Lembaran kerja- Bentuk


Lembaran kerja -Warna


























Tumbuh-tumbuhan


Tumbuhan

Tumbuhan merupakan salah satu daripada alam benda hidup yang terdapat di alam semestaTumbuhan merupakan organisma yang terkandung dalam alam Plantae. Biasanya, organisma yang menjalankan proses fotosintesis diklasifikasikan sebagai tumbuhan. Tumbuhan memerlukan cahaya matahari untuk menjalani proses fotosintesis.
Tumbuhan merangkumi semua benda hidup yang mampu menghasilkan makanan dengan menggunakan klorofil untuk menjalani proses fotosintesis dan menghasilkan kanjiSel tumbuhan berbeza dengan sel haiwan dalam beberapa segi termasuk sel tumbuhan mempunyai dinding sel.

       Bunga ros

    Bunga raya

      Bunga orkid

    Bunga matahari

      Bunga teratai

Teka teki - nama haiwan

1. Kalau tuan bawa keladi,
   Bawa juga si pucuk rebung,
   Kalau tuan bijak bestari,
   Apa dia tanduk di hidung?
2. Kalau tuan pergi ke kedai,
   Belikan saya buah keranji,
   Kalau tuan bijak pandai,
  Apa binatang keris di kaki?
3. Kalau tuan pakai lencana,
   Pakailah songkok di atas kepala,
   Kalau tuan bijak laksana,
   Binatang apakah tiada kepala?
1. Cik Limah bersama anak lelaki,
    Duduk makan keropok lekor,
    Yang mengejar tidak berkaki,
     Yang dikejar tiada berekor?
2. Hidup aman di dalam kota,
   Ada pemimpin bernama raja,
   Buruh-buruh rajin bekerja,
   Askar bertugas setiap masa.
3. Belayar perahu dari Belanda,
   Menuju arah selat Melaka,
   Lebar kepala dari badan,
   Apakah itu cubalah teka.
4. Hari-hari ke rumah Cik Hitam,
   Melihat orang memotong tebu,
   Apakah binatang darahnya hitam,
   Janggut delapan, tulangnya satu?

Saturday, May 11, 2013

Contoh RPH

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN Dunia Sains & Teknologi

MATA PELAJARAN     
: Sains

KELAS          
: Tahun 1 Bestari

TAJUK   
: Haiwan

MASA
: 8:40a.m.-9:40a.m.
STANDARD KANDUNGAN          
: 3.2.1

STANDARD PEMBELAJARAN    
: Mengajuk bunyi pelbagai haiwan yang pernah mereka dengar

ELEMEN MERENTAS KURIKULUM        
: Kreatif dan inovatif

BAHAN BANTU BELAJAR  

Gambar haiwan , sampul
PENILAIAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Berdasarkan gambar haiwan dengan memadankan bunyi haiwan
REFLEKSI



Cadangan Aktiviti
Cadangan Komunikasi
1. guru memperdengarkan bunyi haiwan.

2. Murid teka bunyi tersebut.
-kucing
-ayam
-lembu

Pernahkah anda mendengar bunyi tersebut?

Apakah bunyi haiwan tersebut?

1.Guru mencungkil imaginasi pelajar tentang bunyi haiwan yang lain.

2. Guru tunjuk gambar,murid membuat bunyi tersebut.
Contoh:-
-ular
-harimau
-lebah

Bagaimanakah bunyi haiwan ini?
1. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan.

2. Murid dipersembahkan dengan sebuah video haiwan dan bunyi.




3. Setiap kumpulan diberi sampul surat yang mengandungi gambar-gambar haiwan dan kad-kad perkataan.

4. Murid dikehendaki memadankan gambar dengan bunyinya dengan betul.


- Berdasarkan gambar, bolehkah kamu memadankan bunyi haiwan tersebut?
- Masih ada lagikah haiwan yang kamu ketahui bunyinya ?
Setiap kumpulan diminta membentangkan hasil kerja masing-masing.
Mengapakah haiwan berbunyi?
Contoh:-
Ayam jantan (berkokok)
Ayam betina (berketak)

Mengapakah bunyi ini penting kepada haiwan?

Murid menyiapkan lampiran 1 dan 2.

KPS:
Memerhati
Mengelas


Bekerjasama dan menghargai pelbagai haiwan di sekeliling kita.